My Add

Friday 5 July 2013

PRK Kuala Besut akan guna dakwat kekal: Pengerusi SPR

 PUTRAJAYA, JUMAAT, 05 Julai, 2013: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menegaskan PRK Kuala Besut akan menggunakan dakwat kekal yang baru ditempah daripada pembekal yang lain bagi mengelakkan isu sama berulang pada PRU-13.

Katanya, identiti pembekal terdahulu tidak akan didedahkan kerana ia masih dalam siasatan.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika mengumunkan tarikh pengundian PRK Kuala Besut di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Abdul Aziz turut menyerahkan writ pilihan raya kecil Kuala Besut kepada Pegawai Pengurusnya yang juga Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh. - BH

No comments:

Post a Comment