My Add

Friday 5 July 2013

Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut 24 Julai

 * PENGERUSI SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof menyerahkan writ pilihan raya kecil DUN Kuala Besut kepada Pegawai Pengurus PRK Kuala Besut yang juga Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh di Putrajaya, sebentar tadi. - Foto BH Online
PUTRAJAYA, JUMAAT, 05 Julai, 2013: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut akan diadakan pada 24 Julai manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 12 Julai ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan demikian pada sidang akhbar selepas mesyuarat khas di sini, sebentar tadi.

SPR mengadakan mesyuarat khas berkenaan bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.

Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mulai 26 Jun lalu berikutan penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar, meninggal dunia selepas seminggu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah akibat paru-paru berair.

Allahyarham menang di kerusi berkenaan selepas memperoleh 8,809 undi dengan menewaskan Napsiah Ismail dari PAS yang mendapat 6,375 undi. - BH

No comments:

Post a Comment