My Add

Thursday 25 July 2013

Produk kecantikan kami bebas bahan kimia berbahaya’

KUALA LUMPUR, RABU, 24 Julai, 203: Pemilik kilang suplemen kecantikan yang diserbu di Kawasan Perindustrian Lekas, Semenyih dekat sini semalam meminta pelanggan supaya tidak berasa was-was terhadap produk mereka memandangkan suplemen itu disahkan bebas daripada bahan kimia berbahaya.

Pengasas produk berkenaan, Ainna Ibrahim berkata, pihaknya berani mengeluar dan memasarkan suplemen kecantikan itu selepas disahkan bebas daripada bahan kimia berbahaya hasil ujian yang dijalankan Pusat Lanjutan Perkhidmatan Analisis Toksikologi, Universiti Sains Malaysia (USM).

Beliau berkata, suplemen kecantikan tersebut telah menjalani empat ujian makmal iaitu analisis sildenafil dan tadalafil, analisis glucucorticosteroids, analisis sibutramine serta analisis asid aristolochic.

Katanya, kilang yang diserbu pula dalam proses untuk mendapatkan pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

“Produk dikeluarkan ini sebenarnya untuk kecantikan kulit dan diketegorikan sebagai makanan namun pada Jun lalu, KKM mengeluarkan pekeliling supaya mengubah produk makanan ini menjadi suplemen kesihatan.

“Sebelum membuka kilang sendiri, kami mengusahakan pengeluaran suplemen ini bersama seorang pengusaha di Kedah yang berjanji akan mendapatkan kelulusan KKM dan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim)," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Utusan Melayu di sini hari ini.

Ainna tampil menjelaskan mengenai suplemen kesihatan keluaran syarikatnya yang dirampas oleh Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, KKM semalam kerana didapati tidak didaftarkan dengan agensi tersebut.

Serbuan dibuat kerana KKM khuatir suplemen yang menggunakan seorang artis wanita terkenal sebagai duta mungkin dicemari dengan logam berat atau bahan-bahan diharamkan.

Suplemen kecantikan berbentuk tablet berperisa strawberi yang dijual dalam talian itu didakwa mampu mencerahkan kulit, merawat jerawat, ekzema, resdung dan ruam, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan serta mencegah kanser.

Menurut Ainna, pihaknya mengambil keputusan membina kilang sendiri untuk mengeluarkan suplemen tersebut selepas tidak berpuas hati dengan pengusaha yang bekerjasama dengan mereka sebelum ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment