My Add

Saturday 6 July 2013

Projek Everest Felda tingkat motivasi generasi muda negara

 * PENDAKI Gunung Everest yang terdiri daripada anak peneroka Felda bergambar bersama penduduk dalam siri Jelajah Wira/Wirawati Everest 2013 di Felda Gugusan Umas Umas di Tawau, kelmarin.
TAWAU, JUMAAT, 05 Julai - , 2013:skipun menelan kos yang besar, pendakian ke Gunung Everest berbaloi dan tidak membazir khususnya bagi meningkatkan motivasi generasi muda di negara ini.

Mohd. Asyraf Mohd Halim, 25, yang merupakan salah seorang daripada lima anak peneroka Felda yang berjaya menawan gunung itu menegaskan, pendakian itu tidak sia-sia sebaliknya memberi faedah dan manfaat kepada rakyat Malaysia.

"Mungkin terdapat segelintir masyarakat menganggap aktiviti mendaki gunung tersebut sebagai sia-sia apatah lagi kosnya yang menelan belanja agak besar.

"Walau bagaimanapun persepsi tersebut tidak benar kerana aktiviti itu sebenarnya memberi kesan positif yang lebih besar di dalam diri seperti meningkatkan perasaan patriotik dan kecintaan terhadap negara," katanya ketika ditemui dalam majlis Siri Jelajah Wira/Wirawati Everest 2013 di Felda Gugusan Umas Umas di sini semalam.

Felda Umas Umas merupakan lokasi terakhir siri jelajah mereka ke Felda seluruh negara selepas berjaya menawan gunung tertinggi di dunia itu.

Yang turut hadir, Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hamisa Samat.

Mohd. Asyraf berkata, pendakian itu banyak mengubah sikap dirinya menjadi lebih baik selain menanamkan semangat juang yang lebih tinggi tanpa mengenal erti putus asa.

"Kalau membina jati diri ini kita perlu melabur sesuatu, bagi orang kos tidak penting tetapi kejayaan yang penting sebab kejayaan tidak boleh dibeli tetapi kita kena berusaha untuk mencapai," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pendaki Gunung Everest, Myrza Fasha, 25, berkata, kos yang dilaburkan bagi mendaki gunung itu sangat berbaloi apabila dia dapat mengecapi kejayaan.

Katanya, pendakian ke gunung itu memberi pengalaman berharga yang sukar dilupakan selain meningkatkan motivasi serta mendekatkan diri mereka dengan tuhan.

"Memang kosnya sangat tinggi, tetapi ia berbaloi apabila kita sudah berjaya melakukannya kerana boleh memberi inspirasi kepada golongan belia yang lain," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment