My Add

Tuesday 9 July 2013

Pulau Bidong masih ditutup elak virus kencing tiku

MARANG, isnin, 08 Julai, 2013: Pulau Bidong masih ditutup kepada orang ramai bagi memastikan pulau peelaklancongan itu benar-benar bebas daripada virus kencing tikus.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Anwa Sulaiman berkata, pihak bertanggungjawab masih menjalankan kerja-kerja membaik pulih dan pembersihan di pulau itu.

Pulau Perhentian ditutup kepada orang ramai bulan lepas setelah pemeriksaan mengesahkan terdapat virus kecing tikus di pulau itu yang menyebabkan kematian seorang kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) selepas menjalani aktiviti di pulau itu.

"Ketika ini, pulau itu ditutup sementara kepada orang ramai sehingga kerja-kerja baik pulih melibatkan beberapa aspek selesai sepenuhnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Dr. Anwa yang menyertai pemeriksaan nyamuk Aedes di premis kediaman, kedai dan kawasan lapang di sekitar Chendering dan Marang, merakam penghargaan kepada media negeri ini yang sentiasa memberi liputan meluas mengenai aspek kesihatan rakyat Terengganu.

"Saya juga berharap agar media terus memainkan peranan dalam menyebarkan maklumat berterusan terutama dalam kes demam denggi dan menggalakkan rakyat mengamalkan gaya hidup sihat serta persekitaran yang bebas daripada nyamuk Aedes," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment