My Add

Thursday 18 July 2013

Ramadan di Mekah
 * ORANG ramai berkumpul menanti masuk waktu berbuka puasa di kawasan Masjidilharam. - AGENSI
JEDDAH, RABU, 17 Julai, 2013: Ketibaan Ramadan ditunggu-tunggu oleh semua masyarakat Islam di dunia, termasuk penduduk di kota suci Mekah.

Ramadan di kota suci itu sentiasa menjanjikan kelainan dan keistimewaan dalam pelbagai faktor berbanding bulan-bulan lain.

Antara keistimewaan yang dapat dilihat di kota suci itu pada bulan mulia ini ialah hidangan pelbagai makanan yang lain daripada kebiasaan seperti buah kurma dan manisan.

Selain itu, setiap masjid di Mekah akan mengadakan majlis khatam al-Quran setiap hari sepanjang Ramadan dan jemaah yang menyertainya sehingga tamat akan diraikan dengan juadah manisan yang enak.

Hanya buah kurma dan minuman kopi dibenarkan ketika berbuka puasa di dalam Masjidilharam.

Kuih samosa dan minuman yogurt juga menjadi satu daripada juadah berbuka puasa yang paling mendapat tumpuan penduduk di Mekah.

Jika berbuka di rumah, penduduk Mekah lebih gemar menikmati sup daging yang dicampur gandum dan herba yang diberi nama 'Shorbat Al-Habb'.

Penduduk Mekah memperuntukkan masa selama dua jam untuk berbuka puasa selepas solat Maghrib sebelum menunaikan solat Isyak dan tarawih. - AGENSI/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment