My Add

Thursday 25 July 2013

Ribut tropikal Dorian dikesan di Atlantik

MIAMI (Florida), KHAMIS, 5 Julai, 2013:: Ribut tropikal Atlantik musim keempat dikenali Dorian dilihat terbentuk hari ini, tetapi bagi kawasan darat ia tidak akan mengundang sebarang bahaya, demikian menurut Pusat Puting Beliung Kebangsaan (NHC) di sini, hari ini.

NHC berkata, ribut itu bergerak pantas menyeberangi Lautan Atlantik pada kelajuan 33.79 kilometer sejam (km/j)

Ribut itu berpusat pada 660 kilometer ke arah barat-barat daya Cape Verde, iaitu di pesisir pantai Barat Afrika.


Kelajuan angin yang direkodkan adalah pada 85 km/j. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment