My Add

Thursday 25 July 2013

Tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran di Kota Tinggi

Oleh FARIK SALLEH

 * KEADAAN rumah yang terbakar hangus dan meragut nyawa tiga sekeluarga di Jalan Binjai 4, Taman Kota Jaya, Kota Tinggi petang semalam. - UTUSAN/FARIK SALLEH
KOTA TINGGI, KHAMIS, 25 Julai, 2013: Satu kebakaran yang berlaku di Jalan Binjai 4, Taman Kota Jaya, di sini petang semalam meragut nyawa tiga sekeluarga.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.10 petang menyebabkan Ezza Nurfarhainie Othman, 24; Maliki Hanie Aziz, 3, dan seorang lagi mangsa dipercayai Mahadir Ngapit yang berusia dalam lingkungan 30-an.

Mangsa yang terselamat dengan kesan cedera melecur pula adalah Nor Ezzadatul Fazlin, 33, dan Norsyafiqa Abu Sari, 18, yang sedang menjalani rawatan di Hospital Kota Tinggi.

Kejadian tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Mohd Nor Rashid namun beliau enggan mengulas lanjut kerana anggota forensik dan bomba masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment