My Add

Monday 8 July 2013

Sasar bangun aktiviti ekonomi 39 kampung

KUALA LUMPUR, AHAD, 07 Julai, 2013: Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan aktiviti ekonomi sedia ada di 39 buah kampung di seluruh negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pelaksanaan perancangan pada 2014 dan 2015 itu selaras dengan Program Kampung Abad Ke-21 kementerian, terutama dalam mewujudkan suasana kampung yang bertaraf bandar.

Tambahnya, bagi mencapai matlamat itu, kerajaan juga berhasrat membangunkan 15 buah ladang buah-buahan dan sayur-sayuran berskala besar dengan kerjasama sektor swasta.

"Langkah ini sekali gus dapat memperkasa belia luar bandar sekali gus mengelakkan migrasi golongan itu ke bandar.

"Hal ini kerana kita juga akan melatih seramai 39 usahawan belia bagi meningkatkan industri di luar bandar melalui Pertandingan Rancangan Perniagaan di Luar Bandar (RBC)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis Perjumpaan dan Taklimat bersama Ahli Parlimen Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) di salah sebuah hotel di sini malam ini.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Shafie berkata, seramai 2.36 juta belia di luar bandar kini mempunyai pekerjaan dalam pelbagai sektor.

"Belia memainkan peranan penting sebagai golongan pelapis dalam menggerakkan aktiviti ekonomi dan sosial di luar bandar.

"Antara pendekatan dan strategi yang boleh dilaksanakan dalam memperkasa belia luar bandar termasuk memberi nafas baharu kepada pemimpin belia, membina keupayaan belia, merancakkan aktiviti belia dan memperluas akses kemudahan sosial," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment