My Add

Sunday 21 July 2013

Sembilan pelacur tawar khidmat seks dalam talian diberkas

 * WANITA Thailand yang dipercayai menawarkan perkhidmatan seks dalam talian berkumpul di lobi hotel setelah diserbu Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Johor di Johor Bahru, semalam.
JOHOR BAHRU, SABTU, 20 Julai, 2013: Jabatan Imigresen negeri membongkar kegiatan penawaran seks secara dalam talian ekoran penahanan sembilan wanita warga Thailand dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Wong Ah Fook di sini malam tadi.

Siasatan mendapati kesemua suspek berusia antara 21 hingga 31 tahun itu telah menetap dan beroperasi di hotel terbabit di bawah satu sindiket sejak minggu lalu.

Dalam serbuan pukul 11.30 malam berdasarkan maklumat dan risikan itu, anggota penguat kuasa terbabit turut menemukan sejumlah syabu di dalam bekas gula-gula milik salah seorang pelacur yang ketika ditahan suspek dalam keadaan khayal.

Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen, Khairulanuar Abu Bakar berkata, modus operandi yang digunakan adalah dengan mengiklankan perkhidmatan mereka di sebuah laman web milik sindiket terbabit sebelum berhubung untuk membuat tempahan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Setiap pelanggan dikenakan bayaran sebanyak RM168 bagi setiap perkhidmatan dan ada dalam kalangan mereka yang menempah dua pelacur dalam satu masa dengan bayaran dua kali ganda.

"Pemeriksaan lanjut menjumpai sejumlah kondom yang belum digunakan sekali gus mengukuhkan lagi bukti wujudnya kegiatan tidak bermoral itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khairulanuar berkata, kesemua wanita terbabit yang dikesan memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Pekan Nanas di Pontian untuk siasatan lanjut mengikut Peraturan 39B Peraturan-peraturan Imigresen 1963," katanya.  - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment