My Add

Sunday 21 July 2013

Clixster Mobile peruntuk RM40,000 jayakan program amal

 * AZRINAZ Mazhar Hakim (kiri) beramah mesra dengan penghuni Rumah Anak Yatim Shifa di Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/ZAKARIA IDRIS
KUALA LUMPUR, SABTU, 20 Julai, 2013: Pengendali rangkaian talian mudah alih, Clixster Mobile Sdn. Bhd. memperuntukkan RM40,000 bagi menjayakan Program Mesra Amal Ramadan untuk membantu golongan kurang bernasib baik terutama anak-anak yatim di beberapa buah rumah kebajikan.

Pengarahnya, Azrinaz Mazhar Hakim berkata, Program Mesra Amal Ramadan itu dianjurkan bagi mendekati masyarakat yang kurang bernasib baik dalam bulan mulia ini.

"Sumbangan yang diberikan adalah dalam bentuk wang tunai serta barang-barang keperluan yang sedikit sebanyak mampu menceriakan golongan kurang bernasib baik dalam menyambut Ramadan serta Syawal tanpa keluarga di sisi," katanya ketika melawat Rumah Anak Yatim Shifa di sini hari ini.

Selain Rumah Anak Yatim Shifa, pasukan program itu juga melawat serta menyampaikan sumbangan kepada tiga lagi badan kebajikan iaitu Rumah Perlindungan Al Nasuha di Gombak; Kem Modal Insan Kewaja, Batu Caves dan Rumah Titian Kasih, Taman Tasik Titiwangsa.

Sementara itu, pengendali Rumah Anak Yatim Shifa, Thom@Che Tom Ujang, 58, berkata, sumbangan ikhlas oleh Clixster Mobile itu sedikit-sebanyak membantu 18 anak yatim yang menghuni rumah berkenaan menyambut Ramadan dan Syawal ini.

Katanya, sikap murah hati syarikat itu menambah keceriaan penghuni yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja perempuan berusia antara 7 hingga 18 tahun ini memiliki barangan yang diperlukan seperti pakaian baharu.

Penghuni Rumah Anak Yatim Shifa telah dibawa ke AEON Wangsa Maju untuk membeli pakaian baharu.

Yang turut serta Ketua Pegawai Eksekutif Clixster Mobile, Noor Azlan Khamis dan beberapa artis seperti Fazli Zainal, Ayu OIAM, Maya Matahari dan Ani Mayuni. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment