My Add

Sunday 14 July 2013

Sentiasa jaga keutuhan parti

SEMPORNA, SABTU, 13 Julai, 2013: Setiap ahli UMNO termasuk Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri diingatkan supaya sentiasa bersatu dan menjaga kekuatan parti terutama menjelang pemilihan parti bermula 15 Julai ini bagi peringkat cawangan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ingatan itu amat penting bagi mengelak berlakunya perpecahan, seterusnya merosakkan kestabilan parti dalam jangka masa pendek dan panjang.

"Walau dalam apa situasi sekalipun, keutamaan dan kepentingan parti perlu terus terpelihara. Seruan bersatu dalam kalangan ahli parti perlu sentiasa ditekankan kerana perpaduan merupakan sebahagian daripada teras perjuangan UMNO.

"Eratkan lagi hubungan yang sedia kuat terjalin, perkasakan parti dan hapuskan segala unsur yang boleh memecahbelahkan parti," katanya selepas mengadakan perjumpaan khas dengan pimpinan masyarakat, ketua-ketua cawangan UMNO dan ketiga-tiga sayap parti di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment