My Add

Monday 15 July 2013

SPR tidak tertekan dengan petisyen PRU13: Timbalan Pengerusi

KUANTAN, ISNIN, 15 Julai, 2013: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak merasa tertekan dengan petisyen berhubung beberapa keputusan pilihan raya umum lepas, kata Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini.

Beliau berkata, sekiranya diminta SPR akan mempamerkan bukti-bukti menjalankan kerja mengikut undang-undang dan peraturan.

"Kita tak tertekan (dengan petisyen) sebab yakin kita buat kerja mengikut undang-undang.

"Berbeza dengan segelintir pihak yang tidak baca semua undang-undang dan tahu nak menang (pilihan raya) sahaja," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat post-mortem Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi negeri Pahang di sini.

Beliau berkata, sebarang keputusan yang dianggap bermasalah dalam PRU13 perlu dibuktikan di mahkamah.

Katanya, Jabatan Peguam Negara telah meletakkan barisan peguam untuk mewakili (SPR) di mana-mana kawasan yang terlibat dalam petisyen PRU di seluruh negara.

"Peguam-peguam dari Jabatan Peguam Negara sudahpun berjumpa dengan Pengarah-Pengarah SPR negeri dan Pegawai-Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang terbabit dengan permohonan petisyen," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment