My Add

Tuesday 9 July 2013

SPRM gesa wujudkan SOP lapor rasuah agensi kerajaan

Oleh THOMAS CHONG

PUTRAJAYA, SELASA, 09 Julai, 2013: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu agensi kerajaan menetapkan prosedur operasi standard (SOP) dalaman bagi mewajibkan pegawai yang ditawar rasuah melaporkan perkara berkenaan atau dikenakan tindakan tatatertib.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, walaupun undang-undang telah menetapkan bahawa penjawat awam yang ditawarkan rasuah perlu melapor kepada SPRM tetapi amalan tersebut perlu dibudayakan di peringkat agensi.

"Walaupun kegagalan penjawat awam melapor tawaran rasuah sudah pun menjadi kesalahan tetapi lebih baik jika terdapat arahan dan SOP dalaman meminta semua pegawai berbuat demikian atau dikenakan tindakan tatatertib.

"Ia merupakan perkara yang agak sukar (untuk melaporkan tawaran rasuah), tetapi ia boleh jadi mudah jika budaya sedia ada diubah melalui polisi dalaman," katanya ketika berucap dalam majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara SPRM dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment