My Add

Tuesday 9 July 2013

Suami isteri maut kereta rempuh lori 

IPOH, isnin, 08 Julai, 2013: Sepasang suami isteri maut apabila kereta mereka merempuh sebuah lori membawa muatan kelapa sawit di Jalan Utama Sungkai-Felda Besout di sini, malam tadi.

Mohd. Pohari Mulyati, 61, dan isteri Siti Sa'idiah Pardi, 58, mati di tempat kejadian akibat cedera parah. Mayat mereka di hantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Supritendan Othman Nayan berkata, dalam kejadian pukul 9.20 malam itu, kereta Proton Wira yang dipandu Mohd. Pohari terperosok ke bawah lori selepas merempuh lori itu dari arah belakang.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Slim River, Md. Zain Mohd. Saaidin berkata, lampu pada bahagian belakang lori tidak menyala menyebabkan pemandu kereta merempuh lori berkenaan.

"Akibat pelanggaran itu kereta mangsa terperosok di bawah lori sehingga menyebabkan kelapa sawit jatuh pada bahagian depan kereta dan kedua-dua mangsa tersepit," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pemandu lori terbabit melarikan diri dari tempat kejadian dan usaha mencari sedang giat dijalankan, katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment