My Add

Friday 26 July 2013

Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan Yasin sempena Hari Pahlawan

 * SULTAN Sharafuddin Idris Shah berkenan hadir pada Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil sempena Hari Pahlawan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di sini hari ini. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM, JUMAAT, 26 Julai, 2013: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyertai kira-kira 2,500 jemaah pada majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena Hari Pahlawan 2013 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong di sini.

Turut berangkat ke majlis yang dipimpin Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid itu ialah Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Hadir sama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Panglima 11 Briged Datuk Mohamad Khir Abdullah.

Selain itu, kira-kira 400 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia serta 500 pelajar tahfiz dari pusat-pusat tahfiz di Klang, TTDI Jaya dan Seksyen 7 Shah Alam juga menyertai majlis yang berlangsung sebelum solat Jumaat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment