My Add

Friday 5 July 2013

Tabung Haji tak lantik pihak anjur misi

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 04 Julai, 2013: Lembaga Tabung Haji (TH) tidak pernah terlibat melantik, meluluskan atau memberi kuasa kepada mana-mana pertubuhan atau organisasi untuk menganjurkan Misi Sukarelawan Musim Haji 1434 Hijrah atau program seumpamanya.

Menurut kenyataan dikeluarkan hari ini, Tabung Haji menjelaskan, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai tawaran menjadi Sukarelawan Musim Haji 1434H anjuran sebuah pertubuhan yang beralamat di Kota Damansara.

“Misi yang kononnya bertujuan membantu jemaah haji di bawah kelolaan Tabung Haji turut meminta peserta yang berminat membuat bayaran sebanyak RM5,000.

“Hasil siasatan awal Tabung Haji dan maklumat orang awam mendapati, pertubuhan itu telah mempromosi program berkenaan melalui taklimat yang dijalankan di tempat-tempat terpilih di seluruh negara yang turut menghebahkannya di laman sosial Facebook," katanya.

Kata kenyataan itu, Tabung Haji telah menghubungi pihak kedutaan Arab Saudi di Malaysia untuk pengesahan dan dimaklumkan tiada visa dikeluarkan untuk program seumpama itu.

Kenyataan itu turut menegaskan, Tabung Haji adalah satu-satunya agensi kerajaan yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan untuk mengurus jemaah haji Malaysia sama ada di tanah air mahupun di tanah suci.

“Tabung Haji mempunyai petugas-petugas yang terlatih dan berpengalaman terdiri daripada kakitangannya, pembimbing ibadah yang dilantik sendiri oleh agensi itu serta petugas perubatan yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan" katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment