My Add

Friday 5 July 2013

Nur Idayu keluar sendirian pandu kereta

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 04 Julai, 2013: Hasil maklumat awal melalui paparan kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak BHP, Tanjung Pasir, Kuantan mendapati Nur Idayu Abd. Aziz, 34, yang hilang sejak 22 Jun lalu keluar bersendirian memandu keretanya.

Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihak polis daerah Kuantan mengesahkan bahawa tiada sesiapa mengikuti Nur Idayu keluar dari stesen minyak tersebut.

"Justeru, pihak kami akan berjumpa dengan suami Nur Idayu, Mohd. Riduan esok untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan kes kehilangan isterinya sebelum sesuatu boleh dilakukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Riduan ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, kereta isterinya yang dijumpai pada 24 Jun lalu di Terminal Bas Baru Temerloh berada dalam keadaan baik.

"Hanya ada bau busuk sahaja akibat bahan basah yang dibeli oleh isteri saya setelah berhari-hari terperap di dalam kereta.

"Saya berharap pertemuan dengan wakil Kelab Putera 1Malaysia esok akan memberi semangat untuk saya meneruskan usaha mencari Nur Idayu," katanya.

Orang ramai boleh menghubungi talian 03-2277 6004 sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan kehilangan mangsa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment