My Add

Wednesday 24 July 2013

Tapak bazar Ramadan diseleweng: Ikhlas lapor SPRM

Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

KUALA LUMPUR, RABU, 24 Julai, 2013: Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhanan Malaysia (Ikhlas) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Kuala Lumpur berkaitan penyelewengan tapak bazar Ramadan di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India di ibu negara.

Presiden Ikhlas, Mohd. Riduan mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memberi kelulusan kira-kira 20 tapak Ramadan kepada dua syarikat tekstil tanpa melalui proses undian seperti yang dilakukan oleh peniaga kecil lain.

"Bagaimana dan kenapa dua syarikat ini mendapat tapak bazar Ramadan? Kita perlu adil dan tidak mahu ada penyelewengan di kalangan mereka yang diberi tanggungjawab tetapi tidak amanah.

"Slogan rakyat didahulukan, tetapi syarikat yang besar dan kaya seperti ini diberi 10, 20 tapak kenapa?" kata Mohd. Riduan.

Mohd. Riduan ditemui selepas mengadakan pertemuan tertutup dan membuat aduan kepada Ketua Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Latifah Yatim di Kompleks SPRM di Jalan Cochrane di sini hari ini.

"Tapak-tapak bazar Ramadan ini boleh dijual sehingga RM50,000, kalau 10 tapak RM500,000. Sudah tentu ada unsur rasuah," kata Mohd. Riduan.

Mohd. Riduan turut mendakwa DBKL memberikan tapak bazar Ramadan kepada lima badan bukan kerajaan (NGO) tanpa proses pengundian.

"Kita sudah membuat aduan polis terhadap sebuah persatuan yang kita telah kenal pasti mendapat 10 petak bazar Ramadan dan menjualnya kepada peniaga asing. Kita ada bukti dan telah menyerahkannya kepada SPRM," kata Mohd. Riduan.

Beliau berkata, dalam pertemuan itu SPRM memberi jaminan untuk menyiasat aduan tersebut. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment