My Add

Wednesday 24 July 2013

Pasukan khas mampu tangani jenayah senjata api - KPN

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB

KOTA BHARU, RABU, 24 Julai, 2013: Polis yakin pasukan khas yang telah ditubuhkan akan dapat membanteras jenayah membabitkan senjata api yang semakin menjadi-jadi di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, hasil penubuhan pasukan berkenaan, beberapa kes melibatkan jenayah itu telah berjaya diselesaikan sebelum ini.

"Kita telah pun memperolehi kejayaan baru-baru ini dengan menyelesaikan kes jenayah ini dan Insya-Allah saya rasa pasukan khas ini akan terus membantu dalam menangani masalah kes senjata api di negara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas melawat anggota trafik, Inspektor Farid Hasni Mamat, 33, yang terlibat dalam kemalangan ketika bertugas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Terengganu.

Yang turut hadir, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman.

Khalid mengulas mengenai jenayah senjata api yang semakin kerap berlaku di negara ini sejak akhir-akhir ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment