My Add

Tuesday 16 July 2013

Taufan Silouk: Hampir 300 mati dan dikhuatiri hilang

 BEIJING, ISNIN, 15 Julai, 2013: Sekurang-kurangnya 295 orang disahkan maut atau hilang selepas hujan lebat dan Taufan Soulik melanda China, lapor Kementerian Hal Ehwal Awam China di sini hari ini.

Bencana itu telah meruntuhkan beberapa buah bangunan serta menyebabkan kejadian tanah runtuh dan banjir kilat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian itu, hujan lebat telah melanda kawasan wilayah barat daya Sichuan sejak 7 Julai lalu dan kesan buruknya kini membawa kepada 68 kes kematian dengan 179 yang lain hilang.

Sebanyak 41 kematian dan dua lagi mangsa hilang dilaporkan daripada beberapa daerah di negara itu akibat hujan lebat dan hakisan tanah gunung.

Menurut kenyataan itu lagi, tiga lagi terbunuh dan dua hilang di wilayah Guangdong yang terletak di kawasan selatan China selepas Soulik membadai pesisir pantai negara itu Sabtu lalu.

Sementara itu, agensi berita rasmi Xinhua melaporkan, kawasan Guangxi yang terkenal dengan pemandangannya yang indah telah ditutup serta pengurusnya ditahan selepas lapan orang terbunuh dalam banjir kilat apabila sebuah empangan runtuh.

Para pegawai sedang mengira jumlah kerugian yang dialami dan bandar Zheijiang di Wenzhou sahaja ditafsirkan mengalami kerugian ekonomi sebanyak 210 juta Yuan (RM 190 juta). - AFPKOSMO!

No comments:

Post a Comment