My Add

Monday 22 July 2013

Tiket bas tambahan Hari Raya masih ada

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI

BESUT, AHAD, 21 Julai, 2013; Orang ramai yang gagal mendapatkan tiket bas ekspres untuk pulang ke menyambut Aidilfitri tidak perlu bimbang kerana perkhidmatan bas tambahan akan disediakan bagi menampung keperluan.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Syed Albar memberi jaminan penyediaan bas tambahan di seluruh

negara mampu memenuhi harapan angota masyarakat untuk pulang beraya.

Katanya, SPAD mengambil inisitif mengeluarkan lesen perubahan

sementara (LPS) untuk membolehkan syarikat pengangkutan menambah bilangan pengangkutan pada musim perayaan ini.

"Orang ramai tidak perlu bimbang jika mereka tidak dapat tiket bas ekspres

biasa kerana bas tambahan masih ada untuk ke semua destinasi seluruh negara," katanya ketika ditemui di sini petang semalam.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, orang ramai juga tidak perlu risau untuk menggunakan perkhidmatan bas tambahan yang disediakan memandangkan hanya bas berusia kurang 10 tahun dan berkeadaan baik akan diluluskan untuk mendapat LPS. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment