My Add

Tuesday 9 July 2013

Tindakan bersifat kebudakan

PERMATANG PAUH, ISNIN, 08 Julai, 2013: Gesaan memboikot akhbar Utusan Malaysia, The Star, New Straits Times (NST) dan TV3 selama tiga tahun sebelum Pilihan Raya Ke-14 adalah satu tindakan bersifat kebudak-budakan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, gerakan menghasut rakyat yang diutarakan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli itu hanya tindakan sia-sia kerana biarpun sejak sekian lama media arus perdana itu diboikot namun sokongan yang mereka terima tetap kuat.

Katanya, Rafizi dan pakatan pembangkang seolah-olah ketandusan isu untuk diketengahkan lalu mereka tampil dengan idea yang dianggap merepek seumpama itu.

"Rafizi kata majoriti orang yang menolak Barisan Nasional (BN) memiliki kuasa beli dan kuasa ekonomi yang mampu melumpuhkan organisasi media tetapi beliau lupa penyokong BN juga ada kuasa beli dan mampu memboikot syarikat yang ada kaitan dengan pakatan pembangkang," katanya di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment