My Add

Tuesday 9 July 2013

TPM ke Kuala Besut esok umum calon BN

KUALA TERENGGANU, ISNIN, 08 Julai, 2013: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut dijangka tiba di Kuala Besut esok.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi (UKOM) Terengganu Muhyiddin dijangka akan mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) untuk PRK di Dataran Kuala Besut pada pukul 3 petang.

Antara kenamaan yang dijangka turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh selaku Timbalan Pengarah PRK Kuala Besut.

Jumaat lalu SPR menetapkan 24 Julai sebagai tarikh mengundi untuk PRK Kuala Besut yang mempunyai 17,683 pengundi dan 12 Julai sebagai tarikh penamaan calon.

Kekosongan DUN Kuala Besut berlaku berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Pada pilihan raya umum lalu Dr A Rahman menang dengan majoriti 2,434 undi mengalahkan calon PAS Napisah Ismail dan menyaksikan BN Terengganu menang 17 daripada 32 DUN untuk kekal memerintah dengan majoriti mudah. - BERNAM

No comments:

Post a Comment