My Add

Tuesday 9 July 2013

Medini Empire, Iskandar Malaysia pusat komersial RM2 bilion

KUALA LUMPUR, ISNIN. 08 Julai, 2013: Iskandar Investment Bhd (IIB) menjalin pakatan dengan Mammoth Empire Holdings Sdn Bhd untuk membina pembangunan komersial bersepadu, Medini Empire, di kawasan seluas 9.62 hektar di Medini Iskandar dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM2 bilion.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif IIB, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim berkata, syarikat melalui unit milik penuhnya, Medini Land Sdn Bhd, dan anak syarikat milik penuh Mammoth Empire, Mammoth East West Sdn Bhd, akan melabur lebih RM2 bilion dalam projek berkenaan, yang dijadualkan pembinaan pada 2015.

"Medini Empire akan terdiri daripada menara pejabat, hotel, pangsapuri berperkhidmatan, pejabat, ruang perniagaan, pusat konvensyen, dewan konsert, pawagam gaya hidup dan kedai khusus," katanya kepada pemberita selepas majlis pemeteraian perjanjian langganan pemegang saham dan pembelian pajakan antara kedua-dua pihak dan Cosmolane Development Sdn Bhd di sini hari ini.

Cosmolane Development, yang kemudian dikenali sebagai Empire Iskandar Sdn Bhd, merupakan pemilikan 40 peratus oleh Medini Land dan 60 peratus milik Mammoth Empire.

Syed Mohamed menandatangani bagi pihak IIB dan Mammoth Empire diwakili Pengarah Urusan kumpulannya Datuk Sean Ng dan Pengarah Eksekutif kumpulan Datuk Danny Cheah Joi Yong.

Cheah berkata, usaha sama berkenaan akan terus meningkatkan kedudukan strategik Mammoth Empire dan membolehkannya bekerjasama dengan Iskandar Investment dalam bidang kecekapan relatif di samping mempelbagaikan aktiviti ke dalam bidang perniagaan lain.

Selain itu, beliau berkata, Iskandar Malaysia dianggarkan mempunyai penduduk sebanyak 1.35 juta orang pada 2025 dengan 66 peratus daripada mereka dalam umur bekerja.

Penduduk juga diunjurkan berkembang pantas dalam 20 tahun akan datang.

"Oleh itu, kami menjangka peluang pertumbuhan dan komited untuk terus melabur dalam kawasan ini (Iskandar Malaysia) bagi merealisasi wawasan kami untuk mewujudkan pembangunan hartanah bagi memenuhi tuntutan gaya hidup hari ini.

"Kami percaya usaha sama ini akan mengukuhkan komitmen kami ke arah menacapai wawasan kami dan kami pasti pelaburan kami akan mendapat pulangan bila tiba masanya," katanya.

Medini Empire, yang dijangka siap pada 2018, merupakan satu daripada pelaburan di Iskandar Malaysia, yang sehingga kini menarik RM111 bilion nilai pelaburan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment