My Add

Monday 8 July 2013

TPM terima kunjungan Pengerusi Perdagangan Indonesia

 * MUHYIDDIN menerima kunjungan Presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian Indonesia, Suryo Bambang Sulisto (kiri) di Bangunan Parlimen hari ini. - BERNAMA
KUALA LUMPUR, ISNIN, 08 Julai, 2013: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat Pengerusi Dewan Perdagangan dan Perindustrian Indonesia (Kadin), Suryo Bambang Sulisto di pejabatnya di Parlimen di sini.

Pertemuan 30 minit itu antara lain membincangkan usaha mengukuhkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan republik itu.

Suryo bersama tiga wakil kamar dagang itu tiba di sini semalam dalam rangka lawatan kerja tiga hari.

Selain meningkatkan hubungan perdagangan, kunjungan itu juga bertujuan mencari peluang baharu perniagaan yang boleh diterokai kedua buah negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment