My Add

Wednesday 17 July 2013

Universiti di Syria lucutkan PhD Erdogan

DAMSYIK, SELASA, 16 Julai, 2013: Universiti Aleppo melucutkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Recep Tayyip Erdogan ekoran tindakan Perdana Menteri Turki itu menyokong pentadbiran Presiden Bashar al-Assad dan dituduh penyebab berlakunya tunjuk perasaan di Istanbul.

Agensi berita SANA hari ini melaporkan, Erdogan dituduh terlibat dalam "penentangan terhadap penduduk Syria" dan menggunakan kuasanya untuk melakukan keganasan terhadap penunjuk perasaan di Turki.

Dekan universiti tersebut, Khudur Orfaly menyifatkan keputusan itu sebagai "satu mesej perpaduan kepada rakyat Turki yang menolak polisi Erdogan". - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment