My Add

Sunday 7 July 2013

Wanita maut kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

NORHIDAYU MOHD HASSAN

KUALA LUMPUR, AHAD, 07 Julai, 2013: Seorang wanita maut manakala seorang lelaki parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan dua buah kereta di Kilometer 14.5 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 malam itu, wanita yang membonceng motosikal jenis EX5 tersebut meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang motosikal yang cedera parah dihantar ke wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk menerima rawatan.

Menurut jurucakap Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, keadaan mangsa yang cedera kini dilaporkan stabil. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment