My Add

Sunday, 21 July 2013

Warta pengharaman shisha di peringkat negeri - Jamil Khir

Oleh HUSSAINI AMRAN

KUALA LUMPUR, SABTU, 20 Julai, 2013: Keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang mengharamkan shisha akan dipanjangkan ke negeri-negeri untuk diwartakan sebagai undang-undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebarang bentuk tindakan penguatkuasaan akan ditentukan dan dilaksanakan oleh pihak berkuasa agama Islam di negeri-negeri.

Menurut beliau, perkara itu adalah mengikut kehendak Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan pihak berkuasa agama Islam negeri mempunyai kuasa untuk melaksanakan hal ehwal pentadbiran agama Islam.

"Sebagai contoh, sekiranya kesalahan yang melanggar hukum syarak dilakukan di Kuala Lumpur maka Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan.

"Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan kecuali berkaitan pematuhan pengiklanan halal di bawah Akta Perihal Dagangan 2011," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Jamil Khir mengulas keputusan muzakarah khas itu semalam yang melarang umat Islam menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan tersebut serta sebarang aktiviti yang berkaitan dengannya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment