My Add

Sunday 21 July 2013

Kes Alvin-Vivian memberi peringatan kepada semua pihak - Shabery Cheek

BESUT, SABTU, 20 Julai, 2013: Penangkapan Alvin Tan dan pasangannya, Vivian Lee kerana mempersenda agama memberi peringatan dan amaran kepada semua betapa kesalahan yang dilakukan sangat serius.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, tindakan itu membuktikan bahawa perbuatan yang dilakukan pasangan terbabit tidak boleh dipandang ringan atau main-main.

Jelasnya, tindakan itu juga bukannya hanya memberi peringatan kepada penganut agama lain malah bagi umat Islam juga perlu berhati-hati dan tidak mempersenda agama lain.

"Ini merupakan satu amaran kepada semua pihak agar jangan main-main soal persendakan agama.

"Bukan saja bukan Islam tak boleh sentuh perasaan orang Islam, malah umat Islam juga tak boleh sentuh perasaan orang Islam dan orang lain," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas melepaskan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) peringkat negeri Terengganu di pekarangan Hotel Primula dekat Kuala Besut hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment