My Add

Friday 18 April 2014

2 beranak rentung dalam kebakaran di Kota Marudu

KOTA KINABALU, JUMAAT, 18 April, 2014: Dua beranak ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah rumah kayu di Kampung Kirangawan, Kota Marudu kira-kira 113 kilometer dari sini awal pagi tadi.

Mayat Maijun Napaas, 42, dan anak lelakinya Alexwin, 5, ditemui di ruang tamu di rumah mereka.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu berkata, anak perempuan Maijun berumur lapan tahun sempat menyelamatkan diri.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Bomba Mohd Affendi K. Ramin berkata, kebakaran berlaku kira-kira pukul 1.15 pagi dan memusnahkan keseluruhan rumah keluarga itu.

"Sebuah lagi rumah jenis kayu turut terbakar 10 peratus di bahagian dinding," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, sebuah jentera dengan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment