My Add

Friday 18 April 2014

Wanita Thailand maut, tiga rakan cedera, 4WD terbabas

KUALA LIPIS, JUMAAT, 18 April, 2014: Seorang wanita warga Thailand maut manakala tiga rakannya cedera selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 4, Jalan Kuala Lipis ke Merapoh berdekatan Kampung Tempoyang di sini awal pagi ini.

Mangsa yang maut ialah Warithara Sa Wang, 28, sementara mereka yang cedera ialah pemandu kenderaan, Lee Zhang Feng, 21, serta dua lagi penumpang, Sia Yik Thing, 26, dan Low Jinn Hui, 25,

Ketua Polis daerah, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Bandar Kuala Lipis menuju ke Padang Tengku di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment