My Add

Thursday, 3 April 2014

624 kontraktor undi 181 projek RM6.7 juta di Terengganu

KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 03 April, 2014: Sebanyak 624 kontraktor menghadiri majlis pengundian untuk 181 Projek Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Asas (PIAS) bagi daerah Kuala Terengganu di sini hari ini.

Proses undian untuk 181 projek bernilai RM6.7 juta itu disaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Ahmad ketika ditemui pemberita berkata, undian itu merupakan proses rutin dilaksanakan kerajaan negeri bagi memastikan pengagihan projek secara adil dan telus kepada kontraktor.

"Jadi, hari ini kita tengok semuanya berjalan lancar dengan 181 projek yang bernilai daripada RM30,000 hingga RM90,000 setiap satu.

"Harapan saya agar semua projek ini dapat dilaksana dengan baik mengikut jadual yang telah ditetapkan," katanya di sini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment