Sektor penerbangan awam perlu dikaji semula - Hishammuddin
HONOLULU, KHAMIS, 03 April, 2014: Wujud keperluan untuk mengkaji semula sektor penerbangan awam bagi tujuan meningkatkan keupayaannya dan mengatasi kelemahan yang dikesan berikutan kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370.
Semasa menyatakan perkara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, landskap keselamatan dan pertahanan juga perlu disemak semula untuk mengatasi apa yang mungkin dianggap sebagai kelemahan susulan insiden kehilangan pesawat itu sejak lebih tiga minggu lalu.
"Kami mungkin perlu melihat kepada perkara seperti satelit, radar dari segi kepakaran yang diperlukan serta pemerolehan aset," katanya yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan kepada Bernama di sini hari ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment