My Add

Wednesday 23 April 2014

AADK tempatkan tiga pegawai laksanakan ujian air kencing

KUALA LUMPUR, RABU, 23 April, 2014: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan menempatkan tiga hingga lima pegawainya bagi melaksanakan ujian air kencing ke atas semua pemandu bas ekspres di terminal bas utama seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Suhaimi Abdullah berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) untuk menjalankan ujian tersebut.

``Pihak kami menyokong penuh usaha kerajaan menjalankan ujian air kencing bagi mengenal pasti sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah di kalangan pemandu bas sebelum memulakan perjalanan mereka.

``Surat arahan juga telah dikeluarkan kepada semua Pengarah AADK Negeri untuk memberikan kerjasama kepada JPJ, SPAD dan JKJR negeri masing-masing yang berkuatkuasa serta-merta,'' katanya dalam kenyataannya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment