My Add

Wednesday 16 April 2014

Afghanistan puji usaha Malaysia kendali misi mencari MH370

 KUALA LUMPUR, RABU, 16 April, 2014: Usaha Malaysia bersama-sama 26 negara lain mengendalikan operasi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang terus mendapat pujian.

Kali ini dizahirkan Presiden Suruhanjaya Bebas Pemantauan Pelaksanaan

Perlembagaan Afghanistan (ICOIC), Gul Rahman Qazi semasa mengunjungi Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Dalam pertemuan hampir satu setengah jam itu, Abu Zahar berkata, Gul Rahman turut menyuarakan simpati kepada Malaysia dan anggota keluarga penumpang serta anak kapal MH370.

Katanya, Gul Rahman menyatakan bahawa rakyat Afghanistan sentiasa mengikuti perkembangan operasi mencari pesawat itu.

"Beliau turut mendoakan supaya segala usaha untuk mengesan pesawat itu dapat berjalan lancar dan akan menemui petunjuk yang lebih jelas," katanya kepada pemberita di sini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment