My Add

Wednesday 16 April 2014

DSA2014: Kontrak bernilai RM1.86 billion ditandatangani

KUALA LUMPUR, RABU, 16 April, 2014: Hari ketiga Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2014 menyaksikan kontrak bernilai RM1.86 billion ditandatangani di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Selain kontrak, turut ditandatangani surat terima setuju (SST), Surat Niat dan memorandum persefahaman (MOU) antara 17 syarikat industri pertahanan dan organisasi tempatan serta empat syarikat luar negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kini banyak syarikat tempatan yang bergiat didalam industri pertahanan dan ini merupakan satu perkara yang positif.

"Syarikat tempatan harus juga ada hubungan dengan institusi pendidikan tinggi dan akan kongsi luar. Ini penting kerana mereka dapat menyumbang pengalaman dan berkongsi maklumat penyelidikan, kata Hishammuddin selepas menyaksikan majlis menandatangani tersebut.

Beliau turut berkata, industri pertahanan negara perlu mempunyai satu pelan jangka masa panjang yang menyeluruh untuk menjadikan ia sebagai salah satu kepada penyumbang sumber ekonomi negara. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment