My Add

Monday 21 April 2014

Bayar cukai RM300 dapat ganjaran kereta

ALOR SETAR, ISNIN, 21 April, 2014: Tunaikan kewajipan anda membayar cukai pintu tepat pada masanya dan anda mungkin terpilih menerima ganjaran yang nilainya berlipat kali ganda.

Itulah yang berlaku kepada Lim Yeong Guan, 74, pemenang hadiah utama kereta Proton Saga SV.

Lim antara 62 pembayar cukai pintu yang terpilih menerima ganjaran berjumlah RM50,000 yang ditawar oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bersempena Karnival Sedekad Bandaraya Alor Setar.

Beliau diwakili anaknya, Lim Slau Fei, 35, bagi menerima hadiah itu yang disampaikan Datuk Bandar MBAS, Mat Noh Ahmad.

"Saya terkejut apabila pihak MBAS memberitahu ayah merupakan pemenang utama yang berjaya membawa pulang kereta, tak sangka kerana pembayaran bagi tunggakan tahun lepas dan tahun ini baru sahaja dibuat, dan jumlah yang perlu dibayar hanya RM300 tetapi dapat membawa pulang sebuah kereta bernilai RM30,000," kata Slau Fei. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment