My Add

Thursday 17 April 2014

DUN Sabah ucap takziah kepada keluarga mendiang Karpal

KOTA KINABALU, KHAMIS, 17 April, 2014: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Karpal Singh yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya awal pagi tadi.

Ucapan takziah kepada keluarga bekas pengerusi DAP itu dibacakan oleh Timbalan Speaker DUN Sabah Datuk Jonny Mositin sejurus memulakan persidangan DUN Sabah yang masuk hari keempat hari ini.

Karpal Singh, 74, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan pembantunya Michael Cornelius terbunuh selepas MPV Toyota Alphard yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Km 306.1 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment