My Add

Thursday 17 April 2014

Pencarian MH370: Sampel tumpahan minyak dibawa ke Perth

PERTH, KHAMIS, 17 April, 2014: Sampel tumpahan minyak yang dikesan kapal pertahanan Australia Ocean Shield di kawasan pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) pada Ahad, telah dibawa ke sini untuk analisis.

Pusat Penyelaran Agensi Bersama (JACC) yang mengawasi operasi pencarian pesawat MAS penerbangan MH370 yang memasuki hari ke-41 pada Khamis, berkata butiran dan hasil analisis akan diumumkan apabila terdapat maklumat.

Pada Isnin, Ketua penyelaras JACC Marsyal Udara (B) Angus Houston memberitahu sidang media bahawa tumpahan minyak telah dikesan kira-kira 5,500 meter di sekitar 'ping' telah dikesan alat pengesan pinger yang ditunda Shield Ocean.

Tumpahan minyak seberat dua liter itu dikutip sebagai sampel.

Dalam satu kenyataan, JACC berkata kenderaan dalam air autonomi (AUV) Bluefin-21, sehingga pagi Khamis telah mencari kira-kira 90 kilometer persegi dan data daripada misi terbarunya sedang dianalisis. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment