My Add

Saturday, 5 April 2014

Felda menang rayuan

PUTRAJAYA, JUMAAT, 04 April, 2014: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) boleh mendapat semula wang caruman mencecah RM1.8 juta yang telah diserahkan kepada 121 orang peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 di bawah tabung tanam semula (TTS) yang diurus oleh agensi itu.

Perkara tersebut berikutan keputusan sebulat suara panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Aziah Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Varghese George Varughese ketika membenarkan rayuan Felda.

Mahkamah turut memerintahkan peneroka-peneroka Felda Kemahang 1 dan 2, Tanah Merah, Kelantan selaku responden-responden membayar kos RM50,000.

Felda merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 14 Jun 2011 yang membenarkan tuntutan saman peneroka-peneroka dan mengarahkan agensi itu membayar RM1.8 juta kepada mereka selepas gagal membayar semula wang caruman yang disimpan di bawah tabung berkenaan.

Berikutan keputusan itu, setiap individu mendapat wang mencecah RM12,000 dan telah diserahkan sekitar Julai 2011.

Hakim Abdul Aziz ketika membacakan keputusan itu antara lain menyatakan, Akta Penempatan Berkelompok (GSA) menyebut, tanah rancangan itu tetap dikuasai oleh agensi berkenaan walaupun ia merupakan hak milik peneroka dan geran telah dikeluarkan kepada mereka.

Mahkamah berpendapat, peneroka mesti mematuhi prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh Felda jika ingin mengeluarkan wang yang dicarum dalam tabung berkenaan. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment