My Add

Wednesday 16 April 2014

FTA Malaysia-Turki dimeterai semasa lawatan Perdana Menteri

KUALA LUMPUR , RABU, 16 April, 2014: Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turki akan dimeterai sempena lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Turki mulai hari ini.

Menurut Kementerian Luar selain perjanjian itu, beberapa memorandum persefahaman antara institut pengajian tinggi dan sektor swasta kedua-dua negara, akan turut ditandatangani.

Majlis menandatangani perjanjian itu akan disaksikan oleh Najib dan rakan sejawatannya Recep Tayyip Erdogan yang menjemput perdana menteri melawat Turki.

Rombongan Najib termasuk isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, empat anggota Parlimen dan para pegawai kanan kerajaan.

Najib dijadual mengunjungi Presiden Turki Abdullah Gl dan mengadakan mesyuarat dengan Erdogan diikuti dengan mesyuarat delegasi di Ankara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment