My Add

Wednesday 16 April 2014

MH370: Tiada objek berkaitan ditemui dalam misi S

PERTH, RABU, 16 April, 2014: Tiada objek berkaitan dengan kepentingan pencarian ditemui daripada data yang dikumpul oleh kenderaan dalam air autonomi (AUV) Bluefin-21 pada Isnin lepas, untuk membantu mengesan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata ini berdasarkan kepada analisis kesemua data yang dikumpul selama enam jam.

Bluefin-21 meneruskan operasi pencarian pada Selasa malam selepas diturunkan dari kapal pertahanan Australia, Ocean Shield untuk misi kedua, menurut agensi itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Ketua penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Ketua Marsyal Udara (Bersara) Angus Houston dalam sidang media pada Isnin berkata setiap misi Bluefin-21 akan memakan masa sekurang-kurangnya 24 jam, termasuk empat jam untuk memuat turun serta menganalisis data yang dikumpul.

Bluefin-21 dilengkapi sistem pengesan sonar menggunakan bunyi akaustik untuk menghasilkan peta tiga dimensi di dasar laut, dihantar untuk membantu mengesan sebarang serpihan pesawat Malaysia yang hilang. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment