My Add

Sunday 20 April 2014

Gempa 7.5 pada skala Richter melanda Papua New Guinea.

PORT MORESBY, AHAD, 20 April, 2014: Gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter melanda negara ini semalam sehingga mengakibakan amaran tsunami dikeluarkan terhadap negara-negara di sekitar kepulauan Pasifik dan Kepulauan Solomon, tetapi tiada laporan kerosakan dinyatakan.

Jabatan Geologi Amerika Syarikat melaporkan, gempa bumi pada kedalaman 10 kilometer itu berlaku kira-kira 68 kilometer barat daya Panguna di pulau Bougainville.

Bagaimanapun, Pusat Amaran Tsunami Pasifik kemudiannya membatalkan amaran tsunami untuk Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon, selain tiada sebarang ancaman melibatkan Australia dan mana-mana tempat yang berhampiran dengan Lautan Pasifik. - REUTERS/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment