My Add

Sunday 20 April 2014

28 orang terkorban diserang perompak lembu

JUBA, AHAD, 20 April, 2014: Seramai 28 orang awam terkorban selepas mereka diserang oleh sekumpulan perompak lembu di negeri Warrap, Sudan Selatan, hari ini.

"Kami kehilangan kira-kira 28 orang awam selepas diserang perompak di negeri ini," kata Menteri Maklumat Tempatan, Bol Dhel kepada radio Miraya FM, sambil menambah pihak polis dan tentera kemudiannya memburu penyerang tersebut dan berjaya membunuh 85 orang daripada mereka.

Menurutnya, ada sesetengah daripada perompak tersebut berjaya ditahan oleh pihak berkuasa. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment