My Add

Thursday 24 April 2014

Hanya 117 graduan lepasan maktab perguruan belum mendapat pekerjaan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 24 April, 2014: Timbalan Menteri Pendidikan Kedua, P. Kamalanathan berkata, hanya 117 graduan lepasan maktab perguruan di negara ini belum ditawarkan penempatan kerana gagal temuduga, dan tidak diperaku lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Perguruan (SPP).

Beliau berkata, mereka merupakan sebahagian daripada 6,917 graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam bidang perguruan tahun lepas.

Sehingga awal bulan ini 6,800 graduan dilantik untuk jawatan tetap secara berperingkat-peringkat oleh SPP untuk mengajar di seluruh sekolah di negara ini, katanya pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Senator S. Nallakaruppan yang ingin tahu jumlah graduan lepasan maktab perguruan yang belum mendapat penempatan sekolah seperti yang dijanjikan.

"Berdasarkan Pekeliling SPP Bilangan 2 (2013), mereka yang gagal temu duga dibenarkan memohon semula selepas enam bulan dari tarikh keputusan temu duga dikeluarkan melalui portal Jobs Malaysia," katanya.

"Namun, mereka perlu bersaing secara kompetitif dengan graduan keluaran semasa termasuk graduan perguruan lepasan institut pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mengisi jawatan yang terhad," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment