Insiden MH370 beri ikhtibar perkukuhkan pasukan pengurusan krisis
PUTRAJAYA, KHAMIS, 03 April, 2014: Kementerian Sumber Manusia mengambil ikhtibar daripada insiden kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 untuk memperkasakan kesiapsiagaan pasukan pengurusan krisisnya dalam pengendalian krisis.
Menterinya, Datuk Seri Richard Riot berkata, memandangkan kementerian itu sentiasa berhadapan dengan pelbagai isu berkaitan keselamatan dan kebajikan pekerja, adalah penting untuk pasukan pengurusan krisisnya memperkasakan tatacara pengendalian krisis.
"Kita mesti realistik dan jujur. Dari semasa ke semasa kita kena bertanya kepada diri adakah kita benar-benar sedia jika berlakunya sesuatu krisis.
"Sudah cukup mahirkah atau cukup kompeten pasukan krisis kementerian," katanya semasa berucap pada majlis penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang di sini hari ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment