My Add

Wednesday 16 April 2014

Kadar kematian penyu di perairan Terengganu membimbangkan

 DUNGUN, RABU, 16 Aprril, 2014: Kadar kematian penyu di perairan Terengganu akibat terkena peralatan nelayan agak membimbangkan apabila Jabatan Perikanan

Terengganu merekodkan enam kematian haiwan marin itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Pengarahnya, Abdul Khalil Abdul Karim berkata, empat spesies penyu agar dan masing-masing seekor spesies penyu karah serta penyu lipas ditemui mati selepas mendapat maklumat daripada penduduk tempatan dan nelayan.

"Selepas disiasat punca kematian haiwan reptilia itu terdapat kesan seperti

tersangkut pada pukat dan terkena mata kail rawai yang dilabuhkan dalam air oleh nelayan," katanya.

Menurut Abdul Khalil, pada tahun lepas, pihaknya telah merampas dan menyita enam bidang rawai tanpa umpan yang dilabuhkan oleh nelayan di perairan Rantau Abang.

Katanya, kadar kematian penyu di perairan Terengganu dari setahun ke setahun semakin membimbangkan contohnya pada tahun lepas 42 ekor penyu iaitu 40 penyu agar dan dua ekor penyu karah didapati mati. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment