My Add

Wednesday 16 April 2014

Undang-undang darurat dikuatkuasakan jika bekalan air masih di tahap bahaya

KUALA LUMPUR, RABU, 16 April, 2014: Malaysia boleh menguatkuasakan undang-undang darurat jika bekalan air terawat masih di tahap bahaya menjelang musim kering pada pertengahan Mei.

Pengerusi Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia, S. Piarapakaran

berkata, Malaysia berkemungkinan akan dilanda musim panas untuk kali kedua namun paras empangan sehingga kini masih tidak mencapai tahap minimum 55 peratus.

Menurut Piarapakaran, tahap kapasiti simpanan air mentah di negeri Selangor perlu melebihi kadar 55 peratus bagi mengelakkan Lembah Klang sekali lagi menghadapi krisis bekalan air.

"Lembaga Urus Air Selangor telah menetapkan tahap minimum 55 peratus

kapasiti simpanan air mentah perlu dicapai. Bagaimanapun kapasiti bagi empangan Sungai Selangor masih dalam lingkungan 37 peratus sahaja setakat ini.

"Jumlah kapasiti air terawat yang boleh diagihkan daripada loji perawatan

air kira-kira 2,500 juta liter sehari (JLH) dan ini menyebabkan lebih daripada

50 peratus bekalan air di Lembah Klang bergantung kepada empangan Sungai Selangor,"katanya ketika dihubungi di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment