My Add

Sunday 20 April 2014

Kilang sarung tangan getah terbakar

Oleh HAKIMI ISMAIL

SEPANG, AHAD, 20 April, 2014: Sebuah kilang memproses sarung tangan getah terbakar di Bandar Baru Salak Tinggi, kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Dalam kejadian di Jalan 3, Kawasan Perusahaan Bandar Baru Salak Tinggi itu, stor berkeluasan 900 meter persegi tersebut hangus hampir 80 peratus.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, jentera pertama tiba di lokasi kejadian pukul 10.07 pagi sebelum beberapa jentera lain tiba masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Sepang dan Putrajaya.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana pekerja kilang berjaya keluar dari stor berkenaan sejurus kejadian," kata jurucakap tersebut.

Katanya, pihak bomba masih menyisat punca kejadian dan operasi memadam kebakaran masih dilakukan terutama bagi menghalang api merebak ke bangunan bersebelahan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment